Follower(s)

Thursday, May 17, 2012

#him 3

 Assalammualaikum



 Time rajin dah menyerbu diri bagaikan peluru berpusu pusu ke arah manusia kejam , sebegitu lah perasaan rajin yang ada dalam diri aku sekarang ni . Yesss , dah lama rasanya tinggal kan blog ni sendirian , tanpa nyawa yang menghidupkan dia . Tak pe , kini nyawa mu sedang berada di dirimu . Terima lah aku untuk sementara waktu . 

 Aku hadir sebentar bukan kerana apa , hanya ingin menyambung kisah hidup kamai . khkihkih . kisah hidup yang mungkin kelakar dan semakin hari semakin kelakar jadinya . Baiklah bersedia lah anda semua untuk hadir dalam diri saya , menjadi diri saya , mendalami kisah saya . Memahami isi hati saya yang sememang na rapuh ini . 

________________________________

Macam biasa , setiap hari aku text dia . Tapi bukan 24 jam memanjang . Kitorang start texting pukul 9 . Sebab masa tu aku dah habis solat dan mengaji , dia pun dah lepas tengok berita masa tu . Tepat pukul 9 , aku akan tunggu . terus menunggu kehadiran sms dari dia . Ye , kekasih aku . Aku bukan tak nak text dia dulu , tapi rasa nya macam malu . Haha . Malu ? alasan tak boleh pakai . Ye , sebab aku sengaja . Aku nak dia text aku dulu . Aku rasa seronok , ooopss , bukan seronok , lega bila dia text aku dulu . Rasa macam dia memang ingat aku selalu . 

 Lepas daripada pergi KFC , jalan-jalan . Aku dapat berita . Cehh dapat berita konon . Sebenarnya , ibu nak hantar aku duduk di Kulai . Habiskan cuti aku dekat sana sebelum amik result PMR . Ye , memang heaven lah sebab kat sana aku boleh duduk goyang kaki sambil online sepanjang masa . Tak ke seronok ? SubhannaAllah . Lenyap dengan dunia teknologi aku ni . Ye , pada malam aku nak ke Kulai . Ada sesuatu yang telah berlaku . Antara aku -Dia dan ex-gf dia . Malam bersejarah buat dia :') 

 Malam tu , dia dah tinggalkan gf dia . Bukan aku yang suruh . Bukan aku , Tak pernah aku berharap apa-apa selain daripada menjadi kawan baik dia sewaktu dia masih lagi ada gf . Malam tu , dia kata , dia dah selesai dengan gf dia . Dia sedih , sedih sebab tinggalkan gf dia . Aku ? hanya mampu mendengar luahan hati dia . Ye , Hanif , dia kawan aku , kawan baik aku . 

"Saya dah tinggalkan dia " 
"Hmm , awak ok tak ? " 
" Erm entah lah " 
" Tak ok lah ni kan , tak pe lah , awak pegi lah text dengan dia dulu , saya tanak kacau . bye " 
" Ehhh awak................" 

 Bermisscall miss call aku dapat dari dia . Bukan aku tak nak angkat , cuma aku rasa bukan masanya lagi untuk aku terus bersama dia di saat saat genting antara dia dengan wanita tu . Aku rasa macam aku penyibuk , perosak . Aku rosakkan hubungan orang . Teruknyaaa aku . Tapi salah ke aku ? Wanita tu endahkan dia selama sebulan lebih , call , text semua tade respon . Hanya lelaki yang kuat boleh tahan . Mungkin Hanf bukan jenis lelaki yang terus menunggu di saat kau lupakan dia selama sebulan lebih tu . Tak fikir ke perasaan dia ? Hmmm . 

 Esok nya , aku masih lagi melayan perasaan aku sendiri . Mungkin ego aku terlalu tinggi . Aku endah kan Hanif pagi tu . 

"Morning :) " 

Aku endahkan sms yang akan dikirim Hanif setiap pagi . Tak lama lepas tu dia sent lagi 

"Saya tahu awak marah saya sebab semalam " 

Aku tak terkata . Perlu ke aku marah ? Perlu ke ? Entah . Aku tak tahu . Segala perasaan bercampur baur , gembira tu ada , tapi sedih , rasa bersalah semua nya ada . Aku takut digelar bukan bukan oleh ex-gf dia . Maafkan saya kak . Bukan niat saya nak rampas Hanif dari akak . Maafkan saya ._. 

__________________________________

Cukup lah sampai disini dahulu , saya nak pegi sekolah ni ... Byeeeeeeeee !

No comments:

Post a Comment